Khamis, 26 April 2012


Otaku

Otaku bermaksud meminati, obses, taksub sesuatu perkara. Ia juga boleh digunakan untuk peminat fanatik.

Contohnya:

1.    Aku Otaku pasukan Malaysia.
2.    Dia Otaku Gundam.

Di Jepun, mereka mengunakan perkataan Otaku sebagai satu penghinaan, mengambarkan mereka tak pernah maju ke hadapan.

Di Amerika Syarikat pula, istilah ni digunakan sebagai peminat bersemangat/ keterlaluan(fanatic), biasanya digunakan pada anime atau manga sarta budaya Jepun.

Di Malaysia juga mengunakan perkataan otaku hanya di kalangan para peminat animasi, komik serta permainan video.

Fujoshi

Fujoshi mempunyai maksud yang sama, iaitu meminati, obses, taksub sesuatu perkara. Ia juga boleh digunakan untuk peminat fanatik. ia telah disalah taksir dalam kategori Yaoi.

Di Jepun, Wanita yang berminat dalam Yaoi dipanggil "Fujoshi" ( 女子), seorang pun yang longgar sebagai "busuk gadis" atau "wanita busuk".

Di Malaysia, Fujoshi digunakan bagi Otaku perempuan atau Wanita. Gelaran ini telah di popularkan oleh seorang kartunis yang bernama Peach dari sebuah komik yang bertajuk “Cinta Fujoshi”.

Yaoi

Yaoi pula bermaksud cerita Homoseksual Lelaki atau lebih dikenali Gay.

Yuri

Yuri bermaksud cerita Homoseksual Wanita atau lebih dikenali sebagai Lesbian.


Bishōnen

Bishōnen bermaksud budak lelaki yang cantik, mempunyai wajah seperti perempuan suci serta mempunyai sifat lelaki~perempuan. Bishōnen sering digunakan dalam cerita Yaoi.

Hentai seiyoku

Hentai seiyoku bermakna penyelewengan seksual.
Dalam slanga Jepun, Hentai digunakan sebagai makna penghinaan kira-kira "memesongkan" atau "orang yg luar biasa". Penggunaan Bahasa Inggeris Hentai adalah lebih serupa dengan cara Jepun menggunakan istilah slanga エッチ (H atau ecchi), yang merujuk kepada mana-mana kandungan seksual yang eksplisit atau kelakuan. Jepun jarang menggunakan Hentai panjang untuk merujuk kepada pornografi di Jepun.


Okey. Faham?
Sikit ke? Tak pe, ada lagi. Tapi sampai sini je tau. Tunggu sambungannya.. Janne~~

Isnin, 9 April 2012

Animasi,Anime,Kartun Untuk Semua


Satu hari aku menonton anime Fairy Tail di channel Animex, Astro 715. Tiba-tiba ayah ku muncul dan berkata “long, wat ape tengok kartun ni? Macam budak-budak.”
Jap budak-budak?  Sorry sikit ye, ni kartun untuk remaja ok.
Semua orang tua berfikir kartun untuk budak-budak. What The *&^%? (korang pandai-pandai la faham ye)

Sebelum tu aku ingin member penerangan tentan kartun. Kartun ni asalnya untuk kanak-kanak je. Tapi sekarang bermacam-macam genre yang ada. Ada yang genre Umum, 13 tahun keatas, 18 tahun keatas dan sekian-sekian.

Apa? Korang tak faham. Ok..

Korang pernah tengok doreamon, pokemon, digimon, crayon shin-chan dan Vangaurd!! Tak?
Korang yang tak pernah tengok tu memang la hampeh.. itu untuk budak-budak tadika je.

Kalau remaja, korang pasti minatkan. Yang pastinya Naruto, Bleach, Fairy Tail, One Piece dan sebagainya. Ini kerana mereka mula matang tentang dunia persekitaran. Ini cerita yang mempunyai elemen-elemen remaja.

Detective Conan pula anime penyiasatan. Ini mempunyai elemen misteri, keadilan dan sains.

Ini korang kata budak-budak. Tolang sikit. Kalau kat jepun tu, diaorang siap ada anime berunsurkan lucah.

Tak semua kartun ni untuk budak-budak ok. Tengok time ada event kat sungai wang. Pasti ada orang memakai pakaian watak kartun. Itu tandanya budak ke? Kalau nak masuk pertandingan yang bertarafkan kebangsaan or antarabangsa tu pun kena 18 tahun ke atas. faham?

Ok, aku akui kagum dengan sesetengah penerbit animasi di Malaysia. Mereka cuba mempertengahkan dunia animasi di Malaysia. Gua tabik la sama lu.

Ni lagi satu, yang mak bapak pula tak nak bagi kami yang dewasa ni pun tengok. Kenapa? Why? Nani? …. TT_TT….

Mungkin pada tahun 2025 nanti, animasi akan menguasai Malaysia.. hohoho..
Sape tahu? KRU pun tengah cuba menguasai teknik-teknik khas….

Ok la sampai sini je.. tunggu.. nanti aku akan menceritakan tentang otaku, fujoshi, dan sewaktu dengan-nya.. JANNE~