Islam membenarkan kita berfesyen
TETAPI tidak menjolok mata dan melarang memakai pakaian dan juga aksesori yang
melambangkan agama lain. Bagaimana dengan fujoushi-fujoushi dalam kalangan gadis yang beragama Islam
terutama mereka memakai hijab atau tudung? Ini menghalang mereka
melakukan aktiviti yang mereka suka. Baru-baru ini, saya tergerak hati untuk
membuka internet mencari ada ke gadis muslim yang bercosplay? Dan
jawapannya, ADA. Mereka memakai pakaian Gotik yang menutup aura,
alhamdulillah tapi bukan ke Gotik tu sebenarnya melambangkan
kegelapan. Gotik, ia sebuah fahaman yang menyempang jauh dari agama Islam
apatah lagi agama samawi serta nasrani. Mereka kebanyakkannya menyembah
syaitan, ya saya ulangi Syaitan. Mereka menhirup darah sendiri dan serta kambing
hitam. Sungguh menjijikkan. Walau hakikatnya, ia memang cantik kita melihat
tetapi perasankan mereka sebenarnya yang ini salah satu cara mereka mahu
menglemahkan umat Islam. Saya juga meninjau blog kepunyaan seorang fujoushi
yang beragama islam dan mereka mengatakan bahawa ‘kami
tidak kisah tentang semua itu asalkan cantik. Sekarang zaman teknologi, kami
bukan dari zaman tok kaduk. Janji kami menutup aura. Menutup kepala kami dengan
hijab(tudung).’ Astarfirallahhalazim, mereka semua ni muslim yang
bukan berasal dari negara-negara Islam. Saya melihat pakaian mereka mempunyai
lambang salib di sisi pakaian mereka. Mereka tidak perasan ke? Saya perasan
satu animasi yang tengah popular di Malaysia, ‘BOBOIBOY’. Alhamdulillah, mereka
menerapkan unsur-unsur agama islam contohnya, Yaya, salah seorang wirawati di
dalam cerita itu memakai hijab walaupun beraksi menyelamatkan bumi bersama
rakan-rakannya daripada ditakluk oleh Ah Dudu. Dan satu lagi animasi yang berasal
dari Malaysia iaitu ‘Upin-ipin’, Kak Rose, Opah, dan Cikgu Jasmin (cikgu upin
dan ipin). Kak Rose memakai hijab ketika pergi ke sekolah. Opah pula, memakai
anak tudung di rumah dan memakai tudung pergi ke luar seperti beraya dan
menunaikan rukun islam kelima di kota suci. Manakala Cikgu Jasmin juga seperti
Opah, beliau memakai anak tudung ketika mengajar anak-anak muridnya di tadika.
Walaupn sedikit, tetapi pada masa akan datang, pasti banyak watak muslimah akan
muncul dan memberi peluang kepada semua fujoushi memakai pakaian seperti
watak-watak tersebut. Itulah saya harapkan. Di sini saya selitkan gambar yaya
dari animasi BoBoiBoy yang boleh kita bercosplay bersama. Jika ada lagi watak-watak
yang seperti Yaya, ia itu tidak melanggar hukum agama Islam, sharekan info
tersebut. Sekian..
YAYA (BOBOIBOY)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan