Jumaat, 5 Oktober 2012

Film 786(innocence of muslim)

KURANG AJAR PUNYA KAFIR!!!
Itu yang saya katakan bila melihat benda itu.
Halo, kali ini saya tak nak menceritakan tentang dunia otaku.
kali ini saya ingin menceritakakan tentang Film 786(innocence of muslim).
Agak kurang ajar punya kafir.. dah la tak tau apa-apa.. berlagak tau tentang Islam, Nabi Muhammad..
(Eleh, yg diaorg nk bunuh nabi isa tu kenapa?)

CUBA BACA YANG DI BAWAH.... SAYA JUMPA DEKAT MUKA BUKU...
lepas baca.. faham2 je la apa tindakan korang lepas ni ye...

Film 786(innocence of muslim) adalah sebuah film yg dibuat di Holland tentang lawak mengenai Nabi Muhammad SAW yang kita cintai.
60 juta masyarakat muslim dpt menghancurkan ekonomi Holland dengan waktu kurang dari 5 minit dgn cara mengirimkan pesan ini,
Mudah2han kita dapat menjawab pertanyaan dari Allah SWT kepada kita, ketika Allah SWT menanyakan kepada kita nanti mengenai apa tindakan yang kita lakukan ketika Rasul yang dicintai Nya dijadikan bahan lawak?
Denmark telah mengalami kerugian...tolong jangan biarkan pesan ini berhenti di BB anda. Seperti yg anda ketahui, semua surat kabar Denmark memuat lawak tentang Nabi Muhammad SAW dan sampai sekarang mereka juga tidak menyesal. Jom kita buat mereka menyesal dengan perbuatan mereka...
The Danish Ambassador, Perdana Menteri dan Denmark ...
Nasional Channel; sekarang
sdg berusaha melakukan sesuatu utk menghentikan boikot yg dlakukan oleh umat muslim sejak 1 bulan lepas, dimana atas pemboikotan tersebut mereka mengalami kerugian sekitar £ 4 Miliar. Jika kita terus melakukan boikot terhadap produk2 Denmark dalam 7 bulan atau lebih akan mengakibatkan mereka dpt kehilangan £ 80 milyar. Percayalah, jangan stop untuk meneruskan pesan ini sebanyak mungkin kpd saudara-saudara muslim.., yakinlah anda dapat melakukannya dlm waktu 15 minit utk menyebarkan kpd saudara2 muslim lainnya....SECEPATNYA? INGAT RASULULLAH MUNGKIN AKAN MENANYAKAN KEPADA KAMU (MEMINTA JAWAPAN) DIHARI PEMBALASAN NANTI, APA YANG TELAH KAMU LAKUKAN KETIKA MEREKA MENJADIKANKU SEBAGAI BAHAN LAWAK? Adakah kita akan terus diam apabila Rasul tercinta yang akan memberi syafaat pada kita dipadang mahsyar nnti terus dihina? ALLAHUAKHBAR

Khamis, 26 April 2012


Otaku

Otaku bermaksud meminati, obses, taksub sesuatu perkara. Ia juga boleh digunakan untuk peminat fanatik.

Contohnya:

1.    Aku Otaku pasukan Malaysia.
2.    Dia Otaku Gundam.

Di Jepun, mereka mengunakan perkataan Otaku sebagai satu penghinaan, mengambarkan mereka tak pernah maju ke hadapan.

Di Amerika Syarikat pula, istilah ni digunakan sebagai peminat bersemangat/ keterlaluan(fanatic), biasanya digunakan pada anime atau manga sarta budaya Jepun.

Di Malaysia juga mengunakan perkataan otaku hanya di kalangan para peminat animasi, komik serta permainan video.

Fujoshi

Fujoshi mempunyai maksud yang sama, iaitu meminati, obses, taksub sesuatu perkara. Ia juga boleh digunakan untuk peminat fanatik. ia telah disalah taksir dalam kategori Yaoi.

Di Jepun, Wanita yang berminat dalam Yaoi dipanggil "Fujoshi" ( 女子), seorang pun yang longgar sebagai "busuk gadis" atau "wanita busuk".

Di Malaysia, Fujoshi digunakan bagi Otaku perempuan atau Wanita. Gelaran ini telah di popularkan oleh seorang kartunis yang bernama Peach dari sebuah komik yang bertajuk “Cinta Fujoshi”.

Yaoi

Yaoi pula bermaksud cerita Homoseksual Lelaki atau lebih dikenali Gay.

Yuri

Yuri bermaksud cerita Homoseksual Wanita atau lebih dikenali sebagai Lesbian.


Bishōnen

Bishōnen bermaksud budak lelaki yang cantik, mempunyai wajah seperti perempuan suci serta mempunyai sifat lelaki~perempuan. Bishōnen sering digunakan dalam cerita Yaoi.

Hentai seiyoku

Hentai seiyoku bermakna penyelewengan seksual.
Dalam slanga Jepun, Hentai digunakan sebagai makna penghinaan kira-kira "memesongkan" atau "orang yg luar biasa". Penggunaan Bahasa Inggeris Hentai adalah lebih serupa dengan cara Jepun menggunakan istilah slanga エッチ (H atau ecchi), yang merujuk kepada mana-mana kandungan seksual yang eksplisit atau kelakuan. Jepun jarang menggunakan Hentai panjang untuk merujuk kepada pornografi di Jepun.


Okey. Faham?
Sikit ke? Tak pe, ada lagi. Tapi sampai sini je tau. Tunggu sambungannya.. Janne~~

Isnin, 9 April 2012

Animasi,Anime,Kartun Untuk Semua


Satu hari aku menonton anime Fairy Tail di channel Animex, Astro 715. Tiba-tiba ayah ku muncul dan berkata “long, wat ape tengok kartun ni? Macam budak-budak.”
Jap budak-budak?  Sorry sikit ye, ni kartun untuk remaja ok.
Semua orang tua berfikir kartun untuk budak-budak. What The *&^%? (korang pandai-pandai la faham ye)

Sebelum tu aku ingin member penerangan tentan kartun. Kartun ni asalnya untuk kanak-kanak je. Tapi sekarang bermacam-macam genre yang ada. Ada yang genre Umum, 13 tahun keatas, 18 tahun keatas dan sekian-sekian.

Apa? Korang tak faham. Ok..

Korang pernah tengok doreamon, pokemon, digimon, crayon shin-chan dan Vangaurd!! Tak?
Korang yang tak pernah tengok tu memang la hampeh.. itu untuk budak-budak tadika je.

Kalau remaja, korang pasti minatkan. Yang pastinya Naruto, Bleach, Fairy Tail, One Piece dan sebagainya. Ini kerana mereka mula matang tentang dunia persekitaran. Ini cerita yang mempunyai elemen-elemen remaja.

Detective Conan pula anime penyiasatan. Ini mempunyai elemen misteri, keadilan dan sains.

Ini korang kata budak-budak. Tolang sikit. Kalau kat jepun tu, diaorang siap ada anime berunsurkan lucah.

Tak semua kartun ni untuk budak-budak ok. Tengok time ada event kat sungai wang. Pasti ada orang memakai pakaian watak kartun. Itu tandanya budak ke? Kalau nak masuk pertandingan yang bertarafkan kebangsaan or antarabangsa tu pun kena 18 tahun ke atas. faham?

Ok, aku akui kagum dengan sesetengah penerbit animasi di Malaysia. Mereka cuba mempertengahkan dunia animasi di Malaysia. Gua tabik la sama lu.

Ni lagi satu, yang mak bapak pula tak nak bagi kami yang dewasa ni pun tengok. Kenapa? Why? Nani? …. TT_TT….

Mungkin pada tahun 2025 nanti, animasi akan menguasai Malaysia.. hohoho..
Sape tahu? KRU pun tengah cuba menguasai teknik-teknik khas….

Ok la sampai sini je.. tunggu.. nanti aku akan menceritakan tentang otaku, fujoshi, dan sewaktu dengan-nya.. JANNE~

Sabtu, 18 Februari 2012

Cosplay Untuk Gadis Islam Bertudung

Islam membenarkan kita berfesyen TETAPI tidak menjolok mata dan melarang memakai pakaian dan juga aksesori yang melambangkan agama lain. Bagaimana dengan fujoushi-fujoushi  dalam kalangan gadis yang beragama Islam terutama mereka memakai hijab atau tudung? Ini menghalang mereka melakukan aktiviti yang mereka suka. Baru-baru ini, saya tergerak hati untuk membuka internet mencari ada ke gadis muslim yang bercosplay? Dan jawapannya, ADA. Mereka memakai pakaian Gotik yang menutup aura, alhamdulillah tapi bukan ke Gotik tu sebenarnya melambangkan kegelapan. Gotik, ia sebuah fahaman yang menyempang jauh dari agama Islam apatah lagi agama samawi serta nasrani. Mereka kebanyakkannya menyembah syaitan, ya saya ulangi Syaitan. Mereka menhirup darah sendiri dan serta kambing hitam. Sungguh menjijikkan. Walau hakikatnya, ia memang cantik kita melihat tetapi perasankan mereka sebenarnya yang ini salah satu cara mereka mahu menglemahkan umat Islam. Saya juga meninjau blog kepunyaan seorang fujoushi yang beragama islam dan mereka mengatakan bahawa kami tidak kisah tentang semua itu asalkan cantik. Sekarang zaman teknologi, kami bukan dari zaman tok kaduk. Janji kami menutup aura. Menutup kepala kami dengan hijab(tudung). Astarfirallahhalazim, mereka semua ni muslim yang bukan berasal dari negara-negara Islam. Saya melihat pakaian mereka mempunyai lambang salib di sisi pakaian mereka. Mereka tidak perasan ke? Saya perasan satu animasi yang tengah popular di Malaysia, ‘BOBOIBOY’. Alhamdulillah, mereka menerapkan unsur-unsur agama islam contohnya, Yaya, salah seorang wirawati di dalam cerita itu memakai hijab walaupun beraksi menyelamatkan bumi bersama rakan-rakannya daripada ditakluk oleh Ah Dudu. Dan satu lagi animasi yang berasal dari Malaysia iaitu ‘Upin-ipin’, Kak Rose, Opah, dan Cikgu Jasmin (cikgu upin dan ipin). Kak Rose memakai hijab ketika pergi ke sekolah. Opah pula, memakai anak tudung di rumah dan memakai tudung pergi ke luar seperti beraya dan menunaikan rukun islam kelima di kota suci. Manakala Cikgu Jasmin juga seperti Opah, beliau memakai anak tudung ketika mengajar anak-anak muridnya di tadika. Walaupn sedikit, tetapi pada masa akan datang, pasti banyak watak muslimah akan muncul dan memberi peluang kepada semua fujoushi memakai pakaian seperti watak-watak tersebut. Itulah saya harapkan. Di sini saya selitkan gambar yaya dari animasi BoBoiBoy yang boleh kita bercosplay bersama. Jika ada lagi watak-watak yang seperti Yaya, ia itu tidak melanggar hukum agama Islam, sharekan info tersebut. Sekian..


                    YAYA (BOBOIBOY)

Sabtu, 11 Februari 2012

Pelajar Tinggkatan 5 Bertutur Dalam Bahasa Korea & Mandrin

Jummat lepas, saya menonton Nasi Lemak Kopi O di TV9 terbitan Media Prima. Ada seorang pelajar perempuan tingkatan 5 yang bakal mengambil perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertutur dalam bahasa asing selepas kemalangan dilanggar lori dari belakang ketika menunggang motosikal. Pelajar perempuan yang tinggal di Kelantan itu hanya bertutur dalam dua bahasa iaitu bahasa korea dan mandrin pada waktu pagi sahaja dan dialek kelantannya ketika bertutur melayu sudah tiada. Malahan seperti  gadis cina bertutur, pekat dialek cinanya. Pada pendapat saya, ini akibat pengaruh televisyen. Sekarang ini banyak drama korea, cina, serta jepun mula disiarkan di setiap stesen televisyen. Oleh itu saya, menasihatkan ada di luar sana, berpada-pada la menonton tu, tengok cerita pun jangan sampai taksub sangat.

Sayuri Hami: Kalau boleh bertutur bahasa arab kan best. dapat pahala kalu memahami Al-Quran.. boleh mengerjakan umrah dan haji, lagi senang..

Sabtu, 14 Januari 2012

My Life

Assalamualaikum, Hai, Hello, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Mula-mula saya memperkenalkan diri saya. Nama pena saya pula ialan Sayuri Hami (sayurihami). saya dilahirkan pada bulan 3, tahun 1994. berzodiak Pisces dan planet Neptune. saya minat dengan komik, animasi dan permainan online. saya pengemar manisan seperti gula-gula, kek, dan sebagainya. saya penah bersekolah di sekolah rendah kepong, sekolah rendah jalan 6, dan sekolah menengah kebangsaan bandar baru bangi. sekarang ni saya menunggu keputusan spm. memandangkan ini kali pertama saya menulis blog, maaf jika penulisan saya tidak memuaskan mata dan hati anda yang membaca. sekian saja warkah saya.. peace!! kawai!!